jawatan kosong mara 2018

Senarai Jawatan Kosong MARA 2018 (Majlis Amanah Rakyat)

Tengah cari kerja kosong di Majlis Amanah Rakyat?

Berikut iklan jawatan kosong MARA 2018 yang paling terkini.

MARA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

MARA terlibat dalam pelbagai sektor membabitkan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan.

Baca juga: Permohonan Online Guru MRSM 2018

Jawatan Kosong Mara 2018

Antara jawatan kosong yang diiklankan di portal rasmi MARA termasuklah:

  1. Pegawai Ehwal Ekonomi
  2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  3. Juruteknik Komputer
  4. Penjaga Jentera Elektrik
  5. Pemandu Kenderaan
  6. Pembantu Awam

Jawatan yang diiklankan adalah jawatan kontrak di semua pejabat pentadbiran MARA seluruh Malaysia.

Gaji yang ditawarkan mengikut gred masing-masing; bermula RM1,218 sehingga mencecah maksimum RM9,549 sebulan.

Berikut adalah syarat permohonan jawatan 1-4:

  • Mestilah warganegara
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Lulus enam subjek pada peringkat SPM termasuk Bahasa Melayu
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (SPM)

Manakala bagi permohonan jawatan 5-6 hendaklah memenuhi syarat di bawah:

  • Warganera Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Lulus lima subjek pada peringkat PT3 termasuk Bahasa Melayu
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (PT3)

Untuk syarat lantikan setiap jawatan kosong MARA anda boleh download PDF ini.

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi mara.gov.my

Bagi anda yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah mengisi borang elektronik di laman web MARA.

Peringatan untuk pemohon, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap permohonan.

Untuk iklan jawatan kosong dari pelbagai agensi lain, sila rujuk artikel-artikel di bawah kategori Jawatan Kosong ini.