jawatan kosong pegawai bomba

Jawatan Kosong Pegawai Bomba KB19 Lepasan SPM

Terdapat 1,019 jawatan kosong Pegawai Bomba KB19. Berikut maklumat iklan jawatan kosong tersebut.

Sebelum itu, untuk makluman setiap jawatan dalam kerajaan hendaklah dimohon dengan mengisi borang SPA8i sama ada secara manual atau secara online di portal rasmi SPA.

Untuk tutorial lengkap, rujuk Cara Mohon Kerja Kerajaan 2018.

Pegawai Bomba KB19 bertugas melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab mengendalikan pam bomba, tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap, dan melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Maklumat Jawatan Pegawai Bomba KB19

Pegawai Bombor KB19 merupakan kumpulan pelaksana yang bertugas di Jabatan Bomba & Penyelamat.

Gaji bermula dari RM1,360 sehingga mencecah maksimum RM4,052 sebulan. Kadar kenaikan gaji tahunan ialah RM100 setahun.

Untuk memohon jawatan ini, calon mestilah menepati syarat kelayakan berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM

Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba

Untuk memohon, sila ke portal rasmi SPA di http://www.spa.gov.my/

Bagi calon yang pernah mendaftarkan permohonan bagi jawatan tersebut tidak perlu mendaftar semula.

Sekiranya layak, calon akan dimaklumkan / dipanggil menjalani ujian yang disebutkan di atas tadi.

Tarikh tutup permohonan pada 26 Ogos 2018.

Berikut adalah iklan jawatan kosong Pegawai Bomba yang rasmi dari SPA.

jawatan kosong bomba