Jawatan Kosong Pegawai Imigresen 2018 (415 Kekosongan Gred KP19)

Berikut iklan jawatan kosong Pegawai Imigresen 2018 terkini yang diiklankan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sebanyak 415 kekosongan jawatan Gred KP19 untuk diisi.

Berikut maklumat lanjut tugas Pegawai Imigresen KP19, gred gaji dan syarat lantikan.

Permohonan perlu dibuat melalui borang SPA8i. Bagi calon yang pernah mendaftarkan permohonan bagi jawatan tersebut tidak perlu mendaftar semula.

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen 2018

Pegawai Imigresen bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Gaji minimum RM1,360 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 sehingga mencapai maksimum gaji RM4,052.

Syarat Lantikan

Berikut adalah syarat lantikan ke jawatan Pegawai Imigresen KP19.

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon lantikan juga perlu memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen 2018 boleh dibuat di portal rasmi SPA, http://www.spa.gov.my/

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2018 (Ahad).

jawatan kosong pegawai imigresen 2018