Jawatan Kosong Pembantu Operasi Gred N11 (Kemaskini April 2018)

Berikut maklumat terkini iklan jawatan kosong Pembantu Operasi Gred N11 seperti yang disiarkan di portal rasmi SPA.

Untuk makluman, terdapat 111 kekosongan jawatan sebagai Pembantu Operasi di Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Calon-calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong tersebut, sila isi permohonan secara online melalui borang SPA8i.

Jawatan Kosong Pembantu Operasi Gred N11

Pembantu Operasi adalah kumpulan Pelaksana yang bertugas di pelbagai Kementerian atau Jabatan.

Antara tugas Pembantu Operasi adalah:

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat¬†hands-on¬†yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Jawatan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya sijil PT3.

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,216 sehingga boleh mencecah gaji maksimum RM2,983. Kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM80 setahun.

Syarat Lantikan

Antara syarat lantikan lain bagi Pegawai Operasi N11 ialah:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong Pembantu Operasi N11 boleh dibuat melalui portal rasmi SPA dengan mengisi borang online.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Untuk maklumat lanjut rujuk keratan iklan di bawah.

pembantu operasi n11

  • 627
    Shares