pembantu pendaftaran kp19

Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran KP19 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Bagi lepasan SPM yang ingin berkhidmat sebagai penjawat awam, berikut iklan jawatan kosong terkini bagi jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tarikh tutup permohonan pada 18 Julai 2018.

Selain itu, terdapat satu lagi jawatan kosong lulusan SPM diperlukan iaitu Pembantu Tadbir (Kewangan) di Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang berminat boleh mohon di sini.

Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran JPN

Untuk makluman, antara tugas Pembantu Pendaftaran ialah memproses permohonan-permohonan berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
  • Sijil Kewarganegaraan
  • Sijil Perkahwinan dan Penceraian
  • Sijil Pindaan Butiran

…dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,355 sehingga mencecah maksimum gaji RM4,007 sebulan dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.

Antara syarat kelayakan bagi memohon jawatan ini ialah:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

Pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM atau sijil yang setaraf dengannya.

Cara Mohon

Setiap permohonan kerja kerajaan hendaklah melalui borang SPA8i.

Untuk anda yang belum pernah memohon, sila baca panduan Cara Mohon Kerja Kerajaan.

Atau boleh terus layari https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Berikut adalah iklan jawatan kosong Pembantu Pendaftaran KP19 rasmi dari portal SPA.

jawatan kosong pembantu pendaftaran