Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2018

Berikut dikongsikan iklan jawatan kosong terkini bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Atendan Hospital). Iklan jawatan kosong ini adalah RASMI seperti yang diiklankan di portal SPA.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mei 2018 (3 hari sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-14).

Untuk makluman terdapat 2,446 kekosongan jawatan tersebut. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang SPA8i.

Pastikan anda mohon juga: Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan 2018

Tentang Pembantu Perawatan Kesihatan

Pembantu Perawatan Kesihatan atau dulunya dikenali sebagai Atendan Hospital bertugas membantu melaksanakan kerja-kerja asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Mereka bertugas di pelbagai Kementerian dan Jabatan sebagai kumpulan pelaksana.

Gaji minimum bermula dari RM1,024 dan boleh mencecah RM3,001 (kadar kenaikan gaji tahunan RM80).

Berikut merupakan syarat lantikan ke jawatan tersebut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelebihan Kerja Kerajaan

Pembantu Perawatan Kesihatan akan menikmati insentif penjawat awam yang sama seperti jawatan lain seperti Pegawai Imigresen, Penguatkuasa JPJ dan sebagainya.

Antara kelebihan bekerja di sektor awam termasuklah:

  • Elaun Rumah
  • COLA
  • Bonus Tetap Khidmat Awam
  • Kenaikan gaji
  • Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah
  • Cuti yang fleksibel
  • Pencen

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan di atas, sila mohon sekarang!

Cara Mohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui portal rasmi SPA.

Tarikh tutup permohonan pada 6 Mei 2018. Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila hubungi pihak SPA di talianĀ +603 8885 6000.

Berikut adalah keratan iklan rasmi jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

jawatan kosong pembantu perawatan kesihatan