pembantu tadbir kewangan w19

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) KKM Julai 2018

Bagi anda yang memasang impian untuk bekerja kerajaan bermodalkan sijil SPM sahaja, berikut dikongsikan iklan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca: Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah

Pemohon yang pernah memohon jawatan tersebut melalui portal SPA8i tidak perlu memohon sekali lagi.

Sebaliknya bagi pemohon yang belum pernah memohon jawatan ini adalah dipelawa untuk memohon secara online di portal SPA8i.

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan)

Untuk makluman, Pembantu Tadbir (Kewangan) bertugas:

  1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
  3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Gaji ditawarkan bermula dari RM1,353 sehingga boleh mencecah maksimum gaji RM4,005 sebulan. Kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM100 setahun.

Antara kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan ini adalah:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon

Anda boleh memohon jawatan kosong Pembantu Tadbir Kewangan ini secara online dengan mengisi borang SPA8i.

Sekiranya anda belum pernah mengisi borang SPA8i, kami ada sediakan tutorial panduan cara mengisi borang tersebut.

Baca: Cara Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA8i

Berikut adalah iklan jawatan kosong rasmi dari portal SPA http://www.spa.gov.my/

jawatan kosong pembantu tadbir kewangan