pembantu tadbir n19

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir N19 Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut iklan jawatan kosong Pembantu Tadbir N19 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan jawatan kosong ini boleh didapati di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Terdapat 68 kekosongan jawatan untuk diisi sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Mana-mana calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan tersebut tidak perlu mendaftar semula.

Bagi yang pertama kali ingin memohon kerja kerajaan, pastikan anda mengisi borang SPAi di portal rasmi SPA.

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir N19

Antara skop kerja Pembantu Tadbir ialah menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Gaji Pembantu Tadbir Gred N19 bermula dari RM1,352 sehingga boleh mencecah maksimum gaji RM4,003 sebulan.

Pastikan anda baca juga: Jawatan Kosong Pegawai Imigresen 2018

Berikut syarat lantikan bagi jawatan tersebut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Calon juga perlu memiliki sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir perlu dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i yang boleh didapati di portal rasmi SPA, http://www.spa.gov.my/

Pastikan anda rujuk Panduan Mohon Kerja Kerajaan ini terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Klik sini untuk download 100+ contoh resume terkini 2018

Di bawah adalah iklan rasmi jawatan kosong tersebut.

jawatan kosong pembantu tadbir n19

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...