jawatan kosong penguasa kastam

Permohonan Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41

Berminat untuk bekerja sebagai pegawai Kastam?

Berikut dikongsikan iklan jawatan kosong Penguasa Kastam Gred WK41.

Permohonan telah dibuka secara rasmi di portal rasmi SPA.

Sesiapa yang layak boleh mohon dengan mengisi borang SPA8i secara online.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Mac 2019.

Deskripsi Tugas

Penguasa Kastam Gred WK41 merupakan golongan profesional yang berkhimat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Antara tugas-tugas utama mereka termasuklah:

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. 
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Gaji Penguasa Kastam bermula dari RM2,094 sehingga maksimum RM9,585 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225 setahun.

Itu belum dicampur elaun-elaun lain termasuk bonus tahunan penjawat awam.

Jawatan Kosong Penguasa Kastam

Sekiranya berminat untuk memohon, anda perlu memenuhi beberapa kriteria syarat kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)

Sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh memohon jawatan kosong Penguasa Kastam dengan mengisi borang SPA8i di portal rasmi SPA.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Mac 2019 sebelum jam 11.59 malam.

Berikut adalah poster iklan kerja kosong rasmi dari SPA.

jawatan kosong kastam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.