Jawatan kosong polis bantuan TNB kini dibuka! Perhatian warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai polis bantuan, anda boleh memohon jawatan tersebut melalui portal rasmi TNB.
Permohonan perlu dibuat secara online sahaja melalui portal Brighspot TNB.
Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.
Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.
Kekosongan Jawatan Polis Bantuan TNB
Berikut adalah syarat kelayakan:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
- Tidak mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran.
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
- Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
- Indeks Jisim Badan atau Body MassIndex (BMI) mestilah 30 dan ke bawah.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang- kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan tersebut.
Pastikan anda juga memenuhi syarat kelayakan ukuran fizikal seperti berikut:
- Lelaki
Ketinggian minimum: 168cm
Berat minimum: 54kg
Ukuran dada: 81cm (biasa) – 86cm (tarik nafas) - Perempuan
Ketinggian minimum: 158cm
Berat minimum: 46kg
Pastikan anda baca juga: Cara Mohon Kerja Kerajaan Melalui Portal SPA8i
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Butiran Jawatan
Gaji yang ditawarkan adalah RM1,000 sebulan.
Elaun dobi RM60 + elaun elektrik RM85 disediakan.
Jawatan yang ditawarkan bertaraf kontrak dan akan diserap ke lantikan tetap selepas 2 tahun berkhidmat.
Cara Memohon
Semua maklumat dalam permohonan mestilah dilengkapkan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk di temuduga.
Hanya calon-calon yang berjaya menamatkan latihan asas Pengawal Keselamatan (Polis Bantuan) akan dipertimbangkan untuk jawatan kosong di atas.
Permohonan adalah secara‘On-Line’. Sila layari laman web seperti di bawah:
https://emadis.tnb.com.my atau
www.tnb.com.my>>Careers>>Brightspot>>JobApplication
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan,sila hubungi: 03-22965566 (ext : 6430,6570,6467,6591)