Masih mencari kerja kosong?
Apa kata anda mohon jawatan kosong PTPTN yang terbaru ini.
Terdapat dua jawatan yang ditawarkan iaitu:
- Eksekutif Pemasaran
- Pembantu Tadbir (P/O) N19
Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi PTPTN sebelum 8 Januari ini.
Berikut adalah maklumat lanjut setiap jawatan yang diiklankan.
Jawatan Kosong PTPTN 2019
Sekiranya anda berminat dengan pelbagai jawatan sektor kerajaan, sila isi borang SPA8i terlebih dahulu.
Rujuk: Cara Mohon Kerja Kerajaan 2019
Pembantu Tadbir (P/O) N19
Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM1,352.00 – RM4,003.00
Penempatan: Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sarawak
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); DAN
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Permohonan boleh dibuat secara online melalui link berikut https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/jawatan_kosong_ppn2018.cfm
Selain gaji, elaun turut diberikan iaitu:
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115
- Imbuhan Tetap Perumahan RM300
- Bantuan Sara Hidup RM300
Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui telefon.
Eksekutif Pemasaran
Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM1,500
Penempatan: Menara PTPTN Kuala Lumpur
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada hari Selasa, 08 Januari 2019 di laman web PTPTN : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/jawatan_kosong_dec20 18.cfm
Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui e-mail bagi makluman tarikh menghadiri temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan.
Sila pastikan alamat e-mail masih aktif dan boleh digunakan.
Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.