Advertisements

Jel 2 Tahun, Denda RM2,000 Jika Kantoi Tak Puasa

Advertisements

Kelantan menguatkuasakan undang-undang denda RM2,000 dan dijel 2 tahun jika ditangkap tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

Hukuman tersebut adalah mengikut Seksyen 10, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dr Hasnan Ramli.

Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan tidak berpuasa hanya denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, tetapi kali ini hukuman dikenakan lebih berat.

Untuk memastikan umat Islam di Kelantan tidak meninggalkan ibadah puasa tanpa uzur syarie, 60 penguat kuasa JAHEAIK akan menjalankan pemantauan di kira-kira 50 lokasi panas, dengan dibantu 700 sukarelawan Skuad Amru.

Antara filem popular memaparkan gelagat orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

Baca juga: Kekal Semangat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan, Amalkan Resepi Mudah Susu Kurma Ini

Restoran milik bukan Islam, kawasan tangga di pasar raya dan kawasan tersembunyi adalah diantara lokasi panas yang bakal diserbu ketika bulan puasa nanti.

Tindakan tegas tetap akan diambil ke atas orang yang tidak menghormati Ramadan khususnya yang mengulangi kesalahan dan ditangkap buat kali kedua.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tindakan juga boleh diambil terhadap mereka yang membekal dan menjual makanan kepada individu tidak berpuasa mengikut enakmen tersebut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.