Advertisements

Jemputan Ke Rumah Terbuka PM Pada 8 Mei Ini

Advertisements

Seluruh Keluarga Malaysia dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri pada 8 Mei ini.

Majlis Rumah terbuka tersebut akan bermula dari 10 pagi hingga 4 petang di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Kepada yang ingin hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard terkini semasa Fasa Peralihan Ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Selain itu, anda juga perlu mematuhi etika berpakaian dan maklumat perkhidmatan bas percuma untuk ke majlis tersebut.

Pakaian yang dibenarkan ialah baju berlengan, seluar panjang, skirt bawah paras lutut dan berkasut manakala pakaian yang dilarang ialah seluar pendek bawah paras lutut, skirt pendek atas paras lutut, baju tidak berlengan, seluar jeans koyak dan selipar.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal dan media sosial Facebook JPM dari semasa ke semasa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.