Advertisements

Johor Benarkan Solat Rapatkan Sejadah, Berbeza Dengan Negeri Lain

Advertisements

Berbanding dengan negeri seperti Perak dan Selangor, Johor mengambil initiatif beza dengan mengumumkan kebenaran merapatkan sejadah berbanding rapat saf seperti sedia kala mulai 1 April nanti.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara itu dibuat selepas perbincangan dan mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Antara perincian yang perlaksanaannya adalah jemaah hendaklah membawa sejadah sendiri yang berukuran sekurang-kurangnya 1.07 meter panjang dan 0.6 meter lebar.

Selain itu, perlaksanaan ini dibenarkan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan memakai pelitup muka ketika hadir ke masjid dan surau.

Sebelum ini, negeri Johor sudah memberi kebenaran merapatkan saf dari 1 meter ke setengah meter pada Januari lalu.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga telah menetapkan beberapa prosedur dan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti bagi mengimarahkan masjid sempena Ramadan tahun ini.

Bagi mengimarahkan bulan Ramadan, negeri Johor juga membenarkan solat sunat tarawih dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir pula sebanyak tiga rakaat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.