Advertisements

Johor Mula Benarkan Solat Rapatkan Saf Tanpa Sejadah

Advertisements

Johor mula membenarkan solat dengan merapatkan saf tanpa perlu menggunakan sejadah atau rapatkan sejadah.

Pada 28 Mac lalu, kelonggaran SOP di Johor hanya membenarkan solat secara merapatkan sejadah berbanding negeri-negeri lain yang sudah memansuhkan penggunaan sejadah.

Bagaimanapun, SOP seperti memakai pelitup muka masih di kekalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata setiap jemaah bagaimanapun masih digalakkan membawa sejadah sendiri dan tidak digalakkan bersalaman.

Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti program membudayakan al-Quran, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah zuhor dan kuliah Jumaat, kelas takmir, kelas al-Quran, taklimat, kursus, forum, majlis zikir, majlis selawat, wirid dan tarikat dan seumpamanya juga dibenarkan.

Begitu juga segala aktiviti memasak, kenduri kahwin di dewan serbaguna surau atau masijd dan jamuan dalam kawasan masjid serta surau termasuk aktiviti bermalam turut dibenarkan di bawah SOP terbaharu ini.

Baca juga: Permohonan Insentif Khas Pasangan Pengantin Negeri Pahang

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

SOP seperti pemeriksaan suhu badan dan imbasan QR kod kekal dilupuskan dan had umur jemaah hadir ke masjid dan surau. Namun begitu, sekiranya mempunyai gejala adalah tidak digalakkan hadir ke masjid atau surau.

Kebenaran itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagaimana peruntukan Fasal 57 (A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.