Advertisements

Johor Umum Cuti Khas Pada Isnin, 2 Mei 2022 – MB Johor

Advertisements

Bersempena dengan hari raya yang bakal disambut pada 3 Mei 2022 iaitu pada Selasa, Kerajaan Negeri Johor membuat keputusan untuk memberikan cuti kelepasan am pada 2 Mei 2022 (Isnin).

Dengan cuti khas yang diberikan ini, rakyat Johor boleh menyambut perayaan hari raya selama 6 hari berturut-turut tanpa perlu mengambil cuti.

Keputusan tersebut diambil sebagai keprihatian kerajaan negeri memahai ramai Bangsa Johor yang ingin pulang ke kampung awal dan menyambut perayaan Aidilfitri lebih lama bersama keluarga.

Perkara itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media rasmi oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi pada hari ini, 27 April 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Cuti Khas Perisitiwa 2 Mei ini.

  1. Memudahkan perancangan perjalanan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
  2. Mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya pada hari Isnin sebelum perayaan bagi mereka yang bekerja dan tergesa-gesa untuk pulang menyambut hari perayaan.
  3. Memberi ruang kepada keluarga melapangkan masa lebih lama bersama-sama setelah dua tahun tidak dapat meraikan Aidilfitri dengan meriah ekoran PKP
  4. Meningkatkan motivasi dan kebajikan pekerja dengan memberi cuti lebih awal
  5. Memberi kemudahan kepada keluarga membuat persiapan hari raya dengan tenang dan selesa.
  6. Memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi menguruskan anak-anak yang tidak bersekolah dan masih kecil kerana pusat penjagaan kebanyakannya akan ditutup apda tarikh tersebut.

Cuti khas yang diberikan dilihat seiring dengan pemberian tol percuma mulai Sabtu (30 April) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Diharap rakyat Johor dapat menfaatkan cuti yang diberikan supaya perayaan kali ini dapat disambut bersama-sama keluarga, sanak-saudara serta rakan taulan meraikan hari lebaran dengan meriah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.