Advertisements

Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa Bermula Oktober

Advertisements

Untuk makluman, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar akan memperkenalkan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula Oktober bagi meringankan beban pelajar sempena pembukaan semula universiti selepas cuti semester.

Beliau berkata, pada permulaan JMKM Siswa akan dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu pertama Oktober sebelum diperluaskan kepada 20 kampus IPTA seluruh Malaysia.

Menurut beliau yang juga ahli Pasukan Jihad Tangani Inflasi, format pelaksanaan JMKM Siswa adalah sama dengan JMKM sedia ada iaitu jualan dibuat dua hari setiap minggu sehingga 31 Disember ini.

Pada 15 September lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur mengumumkan JMKM akan diperluaskan di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bermula Oktober 2022 ini.

Program JMKM yang bermula pada pertengahan Ogos lepas telah memberi kejayaan kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan barangan pada harga lebih murah setiap minggu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sehingga 11 September lepas, program JMKM telah dilaksanakan di 80.1 peratus Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 600 DUN seluruh negara dan dijangka mencapai seratus peratus menjelang bulan depan.

Pelaksanaan JMKM Siswa Dengan Kerjasama Kedai

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diberi tanggungjawab bagi pelaksanaan JMKM Siswa dengan kerjasama semua pihak seperti :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Kedai Koperasi
  • Pusat Keusahawanan di IPT
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Barangan Yang Dijual Di JMKM

Barangan yang akan diberi tumpuan untuk dijual ialah :

  • Alat tulis,
  • Salinan dokumen,
  • Perkhidmatan cetakan,
  • Tambahan prabayar data telekomunikasi,
  • Buku,
  • Makanan.

Baca juga : Cara Mencarum KWSP Melebihi Kadar Berkanun Yang Diwajibkan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.