Advertisements

7 Jus Buahan Untuk Meningkatkan Kesuburan Wanita

Advertisements

Bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin, pasti menginginkan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan wanita. Salah satu nya adalah minuman yang sihat.

Selain daripada mengamalkan air putih yang banyak, anda juga boleh meningkatkan kesuburan dengan memimum jus buah-buahan.

Disini kami ingin kongsikan kepada anda jenis buahan yang penuh dengan khasiat dan boleh meningkatkan kesuburan wanita.

Baca juga: Permohonan Cuti Bersalin Swasta 90 Hari (Akta Kerja 1955)

1. Jus Jambu

  • Di dalam jus jambu mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan antioksidan di dalam tubuh badan.
  • Diketahui, jus jambu juga bermanfaat untuk meredakan stress, mencegah sel rosak sehinggalah menjaga sistem ketahanan tubuh dan meningkatkan kesuburan

2. Jus Betik

  • Di dalam buah betik mengandungi vitamin E, keratin, dan pottasium juga antioksidan yang bermanfaat untuk menjaga DNA sel telur.
  • Bahkan jus betik ini juga boleh menjadi salah satu makanan untuk kesuburan lelaki kerana boleh meningkatkan kualiti sperma.

3. Jus Nenas

  • Jus nenas ini mengandung vitamin A, vitamin C, pottasium, magnesium dimana baik untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan kesuburan.
  • Kandungan bromelain yang ada di dalam jus nenas boleh bertindak sebagai anti-inflamasi yang mana mencegah terjadinya masalah pada kesuburan.

4. Jus Avokado

  • Jus avokado mengandungi vitamin E dan pottaisum yang tinggi. Selain itu, jus avokado adalah salah satu minuman yang rendah kalori dan kaya zat besi.
  • Jus avokado baik untuk meningkatkan kesuburan dan baik untuk wanita yang mengalami PCOS kerana mengandungi acid folic yang tinggi.

5. Jus Mangga

  • Di dalam jus buah mangga mengandungi karotenoid dan vitamin B6 yang bermanfaat untuk melancarkan kitaran haid.
  • Selain itu, kita boleh mendapat kandungan vitamin E dan acid folic dimana baik untuk menyuburkan rahim.

6. Jus Tomato

  • Jus ini sejak dahulu dipercayai boleh meningkatkan kesuburan wanita dan meningkatkan peluang untuk memilki anak.
  • Boleh di amalkan 2 kali sehari.

7. Jus Strawberi

  • Jus ini baik untuk meningkatkan kesuburan kerana kandungan antioksidan yang boleh menjaga kesihatan sistem reproduksi.
  • Selain itu, jus strawberi ini ternyata juga boleh meningkatkan libido wanita.

Selain mengamalkan minuman yang sihat ini, para isteri juga harus tahu bagaimana cara untuk mengira masa subur agar tahu bila waktu yang tepat untuk bersama dengan pasangan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Cara Untuk Melegakan Kesakitan Senggugut Ketika Haid

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.