Advertisements

Kadar Bantuan Tunai BKM Mungkin Ditambah – PM

Advertisements

Kadar BKM mungkin ditambah bagi fasa 3 dan 4 jika kenaikan harga barang terus berlaku.

Ianya bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.

Walaupun baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40, bantuan tersebut dilihat hanya sedikit dan masih tidak mampu menampung kenaikan harga barang yang naik mendadak.

Bantuan tambahan tersebut adalah sebanyak RM50 untuk golongan bujang dan sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah. Kenaikan RM100 tersebut menjadikan jumlah bantuan BKM adalah sebanyak RM2,600 setahun.

Jumlah tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

Untuk makluman, pemohon rayuan BKM juga akan mendapat keputusan rayuan dan bayaran bagi yang diluluskan akan dibuat pada BKM Fasa 3 dan 4.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Kerajaan Umum Tambahan RM100 & RM50 Bagi Golongan B40

Jumlah Bayaran Tunai Fasa 3 Dan Fasa 4

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements