Advertisements

Kadar Imuniti Makin Kurang, Suntikan Dos Penggalak Keempat Bakal Dipertimbangkan

Advertisements

Sangkaan 3 dos penggalak bagi menangani wabak Covid-19 ini sudah memadai namun sangkaan kita semua sama sekali meleset.

Tambahan pula virus Omricron yang semakin ‘mengganas’ di dunia pada waktu ini telah menimbulkan kebimbangan seluruh umat manusia.

Pengambilan suntikan dos keempat diperlukan bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Dr Albert Bourla ketika sesi temu bualnya dalam rancangan ‘Face The Nation’ menerusi siaran CBS.

Selain itu, menerusi siaran New York Post pula, beliau berkata suntikan dos keempat itu perlu memandangkan perlindungan sedia ada semakin berkurangan.

Malah, dua suntikan awal beserta dos penggalak tidak dapat melindungi masyarakat daripada semua varian Covid-19 kerana kekuatannya akan berkurang ataupun pudar.

Bukan itu sahaja, beliau mengakui bahawa pengambilan suntikan dos keempat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Pada masa ini, perlindungan yang anda peroleh daripada suntikan dos ketiga sudah cukup baik untuk mengelakkan kemasukan ke hospital dan sakit teruk, namun ia tidak begitu baik untuk melawan jangkitan serta tidak dapat bertahan lama,” katanya.

Sementara itu, Pfizer dan syarikat farmaseutikal lain dilaporkan sedang menghasilkan dos vaksin yang akan melindungi manusia daripada sebarang varian pada masa hadapan.

“Kami sedang berusaha dengan gigih untuk menghasilkan bukan saja vaksin yang dapat melindungi manusia daripada semua varian termasuk Omicron, malah dapat memberi perlindungan sekurang-kurangnya setahun,” katanya.

 

Sumber : BH, New York Post

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.