Advertisements

Untuk Bakal Pengantin, Ini Kadar Mas Kahwin Terkini Mengikut Negeri

Advertisements

Perhatian untuk anda yang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Artikel ini berkaitan tentang kadar mas kahwin terkini mengikut setiap negeri.

Rupa-rupanya ramai yang masih keliru tentang wang mas kahwin dah wang hantaran. Sebenarnya kedua wang ini berbeza ya.

Untuk pengetahuan anda, mahar atau nama mudahnya mas kahwin merupakan pemberian daripada pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Wang ini tidak boleh dituntut kembali kerana ianya merupakan hak kekal pengantin perempuan.

Walaupun sudah berkahwin, wang ini tetap menjadi hak mutlak pengantin perempuan.

Duit hantaran pula hanya sekadar adat dan kebiasaannya wang hantaran yang diberi oleh pihak lelaki digunakan sebagai belanja majlis perkahwinan bagi pihak perempuan.

Wang hantaran tidak wajib ya. Ianya bergantung kepada dua belah pihak dan budi bicara kedua belah pihak keluarga pihak lelaki dan perempuan.

Sesetengah negeri di Malaysia menetapkan nilai mas kahwin ini tetapi ada juga yang tidak menetapkannnya maka jumlahnya adalah bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua bela pihak lelaki perempuan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Nilai mas kahwin ini ditentukan oleh negeri tempat bakal isteri anda dan hukumnya adalah wajib dibayar oleh pihak lelaki.

Hikmah diwajibkan bayaran mas kahwin

Mufti Wilayah Persekutuan ada menulis artikel Hikmah Ditetapkan Mas Kahwin dalam Perkahwinan. Secara ringkasnya, pemberian mas kahwin mempunyai hikmah-hikmah berikut:

  1. Bagi menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang mulia
  2. Bukti ikatan cinta antara kedua-duanya.
  3. Lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan.
  4. Menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.

Kadar mas kahwin terkini

Untuk makluman, kadar mas kahwin bagi wanita yang masih dara dan janda/ibu tunggal adalah berbeza.

Kadar bagi wanita dara

  1. Perlis – Tidak ditentukan
  2. Kedah – Tidak ditentukan
  3. Perak – RM101
  4. Wilayah Persekutuan KL – RM80
  5. Selangor – RM300
  6. Negeri Sembilan – RM200
  7. Melaka – RM100
  8. Johor – RM22.50
  9. Pahang – RM22.50
  10. Terengganu – Tidak ditentukan
  11. Kelantan – Tidak ditentukan
  12. Sabah – RM100
  13. Sarawak – RM120
  14. Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

Kadar bagi janda/ibu tunggal

  1. Perlis – Tidak ditentukan
  2. Kedah – Tidak ditentukan
  3. Perak – RM101
  4. Wilayah Persekutuan KL – RM40
  5. Selangor – RM300
  6. Negeri Sembilan – RM100
  7. Melaka – RM100
  8. Johor – RM22.50
  9. Pahang – RM22.50
  10. Terengganu – Tidak ditentukan
  11. Kelantan – Tidak ditentukan
  12. Sabah – RM80
  13. Sarawak – RM120
  14. Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

Semoga bermanfaat untuk bakal pengantin!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.