Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Kedah 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Kedah 2022 ditetapkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pada tiga kadar iaitu iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Penetapan kadar zakat tersebut dibuat berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di negeri ini.

Kadar RM7 adalah bagi umat Islam menjadikan makanan hariannya daripada beras jenis super special tempatan dan setaraf dengannya.

Manakala bagi mereka yang memakan makanan daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya, kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah RM14 seorang.

Bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya daripada beras jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya pula, kadar zakat fitrah adalah RM21 seorang.

Cara Bayar Zakat Fitrah Kedah

Cara Pembayaran kadar zakat fitrah Kedah boleh dilakukan menerusi cara di bawah:

  1. Laman web JomZakat
  2. Aplikasi Zakat OnTouch
  3. Melalui 1,648 amil yang dilantik
  4. Kaunter zakat LZNK setiap daerah.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Johor 2022 Dan Cara Bayaran

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bantuan Zakat

Kutipan zakat fitrah yang diterima akan diagihkan sepenuhnya membabitkan RM6.04 juta kepada 18,800 orang penerima bantuan bulanan.

Sebanyak RM400 akan disalurkan kepada ketua keluarga fakir dan RM300 akan disalurkan kepada ketua keluarga miskin.

9,000 guru agama seluruh Kedah juga akan menerima bantuan zakat iaitu sebanyak RM400 seorang manakala RM300,000 lagi akan diberikan kepada 300 mualaf di Kedah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.