Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Pahang 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Pahang 2022 ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) pada kadar RM7 seorang.

Kadar terbabit yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah kekal sejak 2013.

Penetapan kadar zakat fitrah itu dinilai berdasarkan harga gred Super Tempatan yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri berkenaan.

Cara Bayar Zakat Fitrah Pahang

Cara pembayaran kadar zakat fitrah Pahang boleh dilakukan menerusi saluran berikut:

  1. Portal Zakat Pahang
  2. Aplikasi Snap&Pay
  3. Aplikasi PahangGo
  4. Portal Myeg
  5. Portal Pos Malaysia
  6. Perbankan internet
  7. Melalui 930 amil bertauliah di masjid, surau dan tempat terpilih

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Sabah 2022 Dan Cara Bayaran

Hukuman Berat Bagi Pembayaran Zakat Tidak Bertauliah

Bagi mereka yang memungut zakat fitrah tanpa kebenaran Muip boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan pihak terlibat boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.