Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Perak 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Perak 2022 dikekalkan pada tiga kadar bayaran iaitu RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut kepada jenis beras yang lazim dimakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 4 hingga 6 Januari lalu.

Kadar zakat fitrah RM7 adalah harga minimum yang perlu dibayar oleh mereka yang memakan beras jenis super tempatan atau lain-lain setara.

Kadar zakat fitrah RM14 adalah bagi mereka yang memakan beras jenis beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya.

Manakala kadar zakat fitrah RM21 adalah bagi mereka yang memakan beras basmathi, beras jepun, beras merah dan seumpamanya.

Bagaimanapun MAIPk menggalakkan umat Islam Perak untuk membayar melebihi kadar berkenaan mengikut kepada jenis beras yang dimakan atas dasar ‘tatawwu’ (galakkan memperbanyak ibadah ketaatan).

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2022 Dan Cara Bayaran

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Bayar Zakat Fitrah Perak

Cara pembayaran kadar zakat fitrah Perak boleh dilakukan melalui cara di bawah:

  1. ezakat.maiamp.gov.my
  2. Aplikasi GoPayz
  3. Aplikasi Shopee
  4. Perbankan Internet: Maybank2u
  5. Aplikasi SnapNPay
  6. Portal MyEG
  7. Amil bertauliah di semua masjid, surau, serta lokasi tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah dan seumpamanya di negeri ini.
  8. Amil bertauliah yang bergerak rumah ke rumah bagi memudahkan warga emas.

Nota tambahan:

Penyata Bayaran Zakat Fitrah bagi medium bayaran FPX MAIPk boleh dimuat turun terus daripada sistem FPX MAIPk, manakala bagi medium bayaran selain daripadanya, penyata bayaran zakat fitrah boleh diperolehi selepas enam hari transaksi dibuat.

Pembayar hanya perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan ke dalam sistemonline.maiamp.gov.my/zakatfitrah dan seterusnya memuat turun penyata bayaran untuk simpanan atau cetakan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.