Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Pulau Pinang 2022 ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tiga kadar bayaran zakat fitrah tahun ini iaitu RM7, RM13 dan RM20.

Kadar itu ditetapkan selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kadar zakat fitrah RM7 adalah bagi mereka yang tidak berkemampuan dan mempunyai tanggungan ramai. Yakni mereka yang memakan beras jenis super special tempatan lima peratus, super special tempatan 10 peratus, beras tempatan standard, beras tempatan premium atau lain-lain setara.

Kadar zakat fitrah RM13 adalah untuk mereka yang memakan beras jenis beras wangi, beras pulut atau yang setara dengannya.

Manakala, kadar zakat fitrah RM20 bagi mereka yang makan jenis beras berkualiti tinggi seperti Bastmathi dan setara dengannya.

Penetapan tiga kadar bayaran berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada umat Islam negeri ini yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan zakat fitrah mengikut kadar yang lebih tinggi.

Cara Bayar Zakat Fitrah Pulau Pinang

Cara pembayaran kadar zakat fitrah boleh dilakukan melalui cara di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Perbankan Internet
  2. Aplikasi SnapNPay
  3. Laman web zakatpenang
  4. Perkhidmatan JomPay
  5. Aplikasi i-Muamalat
  6. Melalui 1,709 amil ditauliahkan di seluruh Pulau Pinang di 234 kariah ditetapkan sebagai pusat kutipan.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2022 Dan Cara Bayaran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.