Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Selangor 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Selangor bagi Ramadan tahun 2022 kekal RM7 seorang berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras jenis Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan masyarakat di negeri ini.

Bagaimanapun, bagi golongan yang berkemampuan, zakat fitrah adalah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.

Kadar zakat fitrah tersebut adalah RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21 seorang bagi individu yang memakan beras basmati/beras Jepun/beras merah.

Baca juga: Kekal Semangat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan, Amalkan Resepi Mudah Susu Kurma Ini

Cara Bayar Zakat Fitrah Selangor

Menjelang ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, rakyat Selangor boleh menunaikan zakat fitrah Selangor melalui platform di bawah:

  1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my
  2. Aplikasi Zakat Selangor
  3. Perbankan internet
  4. Portal MyEg
  5. Pos Online
  6. Aplikasi e-dompet iaitu GoPayz dan Boost.

Selain itu, LZS turut melantik 2,745 ketua dan penolong amil di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini, dan masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik oleh LZS yang dibekalkan kad tauliah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.