Kalendar Islam 2022 terbaharu telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berikutan bulan Syawal yang disambut pada 2 Mei 2022 berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim Zakaria Othman dalam kenyataan berkata takwim itu dikemas kini hanya melibatkan bulan Mei 2022 / Syawal 1443H.
Dengan kemas kini takwim tersebut, diharap dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.
Edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah / 1443-1444H bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.

Baca juga: Bakal Jemaah Haji Diminta Jawab Surat Tawaran Dalam Masa 7 Hari
Berikut merupakan ringkasan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam tahun 2022:
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
---|---|---|
27 REJAB 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
*01 RAMADHAN 1443 | 3 April 2022 | * Awal Ramadan/Berpuasa |
17 RAMADHAN 1442 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
*01 SYAWAL 1443 | 2 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
01 ZULHIJJAH 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
*10 ZULHIJJAH 1443 | 10 Julai 2022 | * Hari Raya Korban / Aidiladha |
01 MUHARRAM 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 RABI’ULAWAL 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!