Advertisements

Kanak-kanak, Remaja Diberi Suntikan Dos Ketiga

Advertisements

Kanak-kanak, remaja diberi suntikan dos ketiga terutamanya bagi mereka berusia 5 hingga 11 tahun dalam kategori kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, turut menerima dos ketiga adalah golongan berusia 12 hingga 17 tahun dalam kategori sama.

Suntikan dos ketiga bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun adalah lapan minggu selepas menerima dos kedua manakala golongan remaja pula selepas 28 hari.

Berdasarkan kajian dari luar negara, kanak-kanak yang divaksin buat kali ke 3 menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke wad menurun sebanyak 42 peratus hingga 73 peratus berbanding mereka yang hanya menerima dos yang kedua.

Susulan daripada itu, Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi Vaksin Covid-19 mencadangkan agar dos ketiga vaksin Covid-19 untuk melengkapkan vaksinasi primer tiga dos diberikan kepada kanak-kanak dan remaja.

Tambah Khairi, setelah melengkapkan vaksinasi primer tiga dos, barulah dos penggalak pertama boleh diberikan kepada individu moderate atau severe immunocompromised berumur 12 hingga 17 tahun.

Pemberian dos penggalak kedua bagi individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan petugas kesihatan barisan hadapan turut akan diberikan dan boleh dibuat sekurang-kurangnya enam bulan selepas menerima dos penggalak pertama.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Kerajaan Mula Beri Dos Penggalak Kedua

Ujarnya, pemberian vaksin Can Sino Bio sebagai dos penggalak secara heterologus akan diperluaskan tanpa mengira jenis vaksin dos primer.

“Kriteria kelayakan bagi penerima dos penggalak Can Sino Bio adalah individu berumur 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin primary series selain daripada vaksin jenis Can Sino Bio dan Sinovac yang telah diluluskan sebelum ini serta sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima dos kedua,” katanya.

Sumber: PICK

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements