Karnival PenjanaKerjaya yang bakal berlangsung di Petaling Jaya pada 04 Disember 2021 bakal menawarkan 1,000 kekosongan jawatan bagi yang sedang mencari pekerjaan.
Karnival terbabit merupakan anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal melibatkan melibatkan 20 syarikat terdiri daripada syarikat dalam dalam dan luar negara yang terkemuka seperti Nestle.

Syarikat Yang Terlibat
- Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd
- Alpha Seiko Plastics Sdn Bhd
- NXP Malaysia Sdn Bhd
- Golden Scoop Sdn Bhd
- Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
- Wistron Technology (Malaysia) Sdn Bhd
- City-Link Express (M) Sdn Bhd
- AsyiQmuslim Exclusive Sdn Bhd
- Genius Aulad International Group Sdn Bhd
- Best Global Logistics Technology (Malaysia) Sdn Bhd
- TCRS Restaurant Sdn Bhd
- FGV IFFCO Sdn Bhd
- Lulu Group Retail Sdn Bhd
- GS Paperboard & Packaging (Selangor) Sdn Bhd
- 99 Speedmart Sdn Bhd
- Hirose Electric (M) Sdn Bhd
- Imperia Asia International Sdn Bhd
- Automotive Industries Sdn Bhd
- Lion Mining Sdn Bhd
- Emart24 Holdings Sdn Bhd

Baca juga: e-Payroll KWSP: Sistem Penggajian & Caruman Pekerja Percuma
Aktiviti Yang Ditawarkan
Selain itu, di karnival terbabit terdapat pelbagai aktiviti melibatkan pekerjaan seperti:
- Klinik resume MyFutureJobs;
- Kaunseling kerjaya;
- Perkhidmatan majikan daripada pelbagai sektor;
- Temuduga Terbuka untuk semua golongan.
Tarikh Dan Tempat
Karnival PenjanaKerjaya ini nanti akan diadakan seperti butiran berikut:
- Tarikh: 04 Disember 2021 (Sabtu)
- Masa: 9:00 Pagi – 5:00 Petang
- Tempat: Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
Syarat Pendaftaran
Dimaklumkan bahawa, hanya individu yang ingin hadir ke karnival ini dikehendaki:
- Sudah melengkapkan dua dos vaksinasi, mempunyai sijil kuning.
- Mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Cara Mendaftar
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai karnival kerjaya ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!