Advertisements

Kedai Serbaneka Eco Shop Dan Ninso Naik Harga Mulai Jun 2022

Advertisements

Berikutan peningkatan kos yang perlu ditanggung oleh peniaga, rata-raya peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka untuk mengelakkan kerugian. Tidak terkecuali syarikat-syarikat besar seperti Ninso dan Eco Shop.

Sebelum ini syarikat Eco Shop hanya menetapkan harga RM2.20 untuk setiap barangannya. Namun, mulai 1 Jun akan datang, harga setiap barangan yang dijual akan dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadi RM2.40.

Manakala bagi cawangan di Sarawak, harga akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM2.60 mulai tarikh yang sama.

Foto Facebook Nick Nichol

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000

Kali terakhir notis perubahan harga Kedai Eco diumumkan adalah pada 1 Disember 2021, di mana harga mengalami kenaikan dari RM2.10 kepada RM 2.20 di Semenanjung manakala RM2.30 kepada RM2.40 di Sabah dan Sarawak.

Selain Eco-Shop, sebuah lagi kedai serbaneka, Ninso juga terpaksa mengikut langkah sama menaikkan harga kesemua barangannya daripada RM2.20 kepada RM2.30 dan bagi (Sabah Sarawak) akan berubah harga RM2.40 kepada RM 2.50.mulai April lalu.

Sebelum ini harga barangan di Ninso juga pernah mengalami perubahan iaitu pada November 2021. Di mana Harga bagi setiap barangan di Ninso Semenanjung RM2.10 bertukar kepada RM 2.20, manakala di Ninso Sabah & Sarawak RM 2.30 bertukar kepada RM 2.40.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Terbaharu, satu perkongsian di Facebook oleh akaun bernama Wan Muhammad Nur Al-yasin menunjukkan Ninso cawangan Sarawak akan menaikkan harga dari RM2.50 Ke RM2.60 bermula Jun ini.

Foto Facebook Muhammad Nur Al-yasin

Baca juga: Permohonan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) 2022 Sehingga RM5000

Hakikatnya kenaikan harga barang bukan sahaja di kedai Eco Shop dan Ninso tetapi boleh dikatakan hampir semua kedai termasuk kedai barangan bahan mentah.

Hakikatnya, rakyat khususnya golongan B40 pastinya terbeban dengan kenaikan harga barang khususnya barangan keperluan harian.

Kerajaan bukan saja perlu mendengar dan menjawab keluhan rakyat, tetapi lebih penting bertindak pantas dan tegas.

Kalau bukan kepada kerajaan untuk rakyat bergantung harap, kepada siapa lagi perlu diharapkan?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.