Apakah Itu Kejora Bakti Siswa?
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah satu insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Program KEJORA Bakti Siswa.
Ikuti perkongsian tentang Kejora Bakti Siswa didalam artikel ini.
Baca juga : Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (SPC)

Tempoh Permohonan
Calon boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022- 31 Disember 2022.
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan pemohon:
- Warganegara Malaysia;
- Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.
- Keutamaan bagi keluarga yang miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40).
- Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya
- Berjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.
- Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :
- Peringkat Diploma : 18 hingga 20 tahun.
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20 hingga 25 tahun.
Kadar Insentif
Kadar insentif yang diberikan kepada pelajar adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
- Diploma : RM 500.00
- Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00
1) PERINGKAT DIPLOMA
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Permohonan dibuka untuk lepasan SPM / SPMV.
- Tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.
2) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
- Permohonan dibuka untuk lepasan STPM / STAM atau Diploma.
- Merupakan pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS (menerima surat tawaran melanjutkan pengajian).
Cara Mohon Kejora Bakti Siswa
Untuk membuat permohonan Kejora Bakti Siswa, calon boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui platform ‘Google Form’:– Di SINI
Selain itu, calon juga boleh mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa di Pejabat KEJORA.
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai Kejora Bakti Siswa, sila hubungi:
- Encik Amir Hafizal – 07 882 3086
- Cik Norniza – 07 882 3085
Baca juga : Permohonan PerantiSiswa Fasa 2- Bantuan Tablet Percuma Bagi Pelajar IPT