Advertisements

Kekal Semangat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan, Amalkan Resepi Mudah Susu Kurma Ini

Advertisements

Hanya boleh dibilang dengan jari, tinggal beberapa hari sahaja lagi umat islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan.

Perkara penting yang paling kita akan titipberatkan adalah keupayaaan kita mengekalkan tenaga seharian sepanjang menjalani ibadan berpuasa. Betul tak?

Selain daripada itu, pada bulan Ramadhan juga merupakan peluang kita untuk mengejar pahala menerusi ibadah yang bakal kita jalankan sepanjang Ramadan.

Setiap amalan yang dilakukan sudah dijanjikan dengan pahala yang berlipat kaliganda. Mudah-Mudahan.

Sunnah Rasulallah SAW ketika bersahur dan berbuka adalah dengan memakan buah kurma dan minum air terlebih dahulu.

Namun di zaman serba moden ini, buah kurma sudah boleh divariasikan dengan pelbagai jenis resepi supaya anda semua dapat menikmati buah kurma sekaligus dapat mengekalkan tenaga anda.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Ummu Asyraf telah berkongsi resepi susu kurma homemade menerusi Facebook Group Masak Apa Hari Ini (MAHI).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi anda yang kurang gemar untuk menelan buah kurma secara terus, anda boleh cuba lakukan susu kurma ini di rumah.

Mari kita lihat perkongsian resepi Ummu Asyraf di bawah ini :

Resepi Susu Kurma Homemade

Kami jarang beli susu kurma yang dah siap, sebab tak susah pun membuatnya untuk bersahur. Jika ada yang susah makan waktu sahur, bolehlah minum smoothie ini dan lepas tu minum air (sebab smoothie ni manis sikit dari kurma dan pisang tu).

Resepi untuk setiap cawan (1 orang)

Lepas berbuka, rendam dalam air suam 3 biji kurma yang sudah dibuang biji dan dibasuh bersih.

Waktu sahur blend kurma dan air rendamannya dengan 1 biji pisang dan susu almond tanpa gula. Kalau mahu, boleh juga masukkan sedikit oat yang sudah dimasak / rendam.

Buat tiap pagi, inshaAllah lebih sedap dan berkhasiat.

Banyak khasiat serat dan bahan mineral seperti magnesium dan potassium dari kurma dan pisang. Susu almond pula untuk protein yang bantu mengenyangkan. Kalau takde susu almond, susu biasa pun boleh, InshaAllah

Sumber foto: Facebook Ummu Asyraf

Semoga resepi yang kami kongsikan kepada anda ini bermanfaat. Selamat menyambut bulan puasa yang bakal menjelma!

Sumber: Facebook Ummu Asyraf

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.