Advertisements

Kelonggaran SOP Sekolah Dan Institut Pendidikan Mulai 1 Mei

Advertisements

Seiring dengan pengumuman kelonggaran SOP yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga membuat pengumuman yang sama.

Menterinya Dr Radzi Jidin mengumumkan kelonggaran pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bermula 1 Mei ini dalam satu sidang media khas.

Berikut dikongsikan kelonggaran SOP sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM untuk tindakan murid, guru, pihak sekolah dan ibu bapa.

1- Imbasan kod QR MySejahtera

Tidak diwajibkan apabila memasuki premis institusi pendidikan.

2 – Pemakaian Pelitup Muka

Wajib dipakai ketika berada di ruangan tertutup dalam premis sekolah.

Kelonggaran diberikan jika:

  • Bersendirian
  • Semasa mengajar di hadapan kelas
  • Semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani
  • Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah
  • Individu berkeperluan khas
  • Individu mempunyai masalah pernafasan (Perlu mengemukakan laporan perubatan)

Digalakkan memakai pelitup muka jika:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Berada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolah
  • Sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan

3 – Penjarakan Fizikal

Tiada lagi penjarakan fizikal, namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

Baca juga: Cara Tebus 60 Hari Percuma Langganan Rancangan ‘Pack’ Terpilih Astro

4 – Ujian Kendiri-19

Dilaksanakan jika bergejala.

5 -Pengurusan Murid Bergejala Dan Positif Covid-19

Mengasingkan murid di bilik isolasi.

Manjalankan ujian kendiri:

  • Jika negatif, murid boleh mengikuti pembelajaran tetapi perlu memakai pelitup muka
  • Jika positif, guru perlu menghubungi ibu bapa untuk menjemput anak mereka dari institusi pendidikan masing-masing

Untuk SOP terbaru lebih lanjut boleh rujuk Facebook Dr Radzi JidinKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.