Advertisements

Garis Panduan Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap Vaksinasi

Advertisements

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos 2021 mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk memberikan beberapa kelonggaran SOP kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Perdana Menteri menegaskan, keputusan itu dibuat secara berhati-hati dan selaras dengan data yang dikumpul di dalam negara mengenai keberkesanan vaksin lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang digunakan di seluruh dunia.

Ketika ini, sebanyak 23.6 suntikan dos vaksinasi telah diberikan di Malaysia yang merangkumi 15.35 juta individu dewasa telah menerima dos pertama dan 8.25 juta individu dewasa telah menerima dos kedua.

Kelonggaran SOP bagi individu yang telah vaksinasi lengkap tersebut bermula pada 10 Ogos 2021.

Vaksinasi Lengkap

Individu yang boleh memohon kelonggaran SOP perlulah telah menerima vaksinasi lengkap iaitu:

  • Individu telah menerima dua dos suntikan vaksin sama ada jenis Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac dan telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
  • Individu telah menerima satu dos suntikan vaksin bagi jenis Johnson & Johnson dan CanSino dan individu berkenaan telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Kelonggaran SOP

Terdapat beberapa kelonggaran SOP yang telah diumumkan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap iaitu:

i) Semua Fasa

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.
  • Kebenaran rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing untuk pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap.
  • Kebenaran merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun bagi ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap.
  • Aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah telah menerima vaksinasi lengkap.
  • Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat⁣ bagi mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap.

ii) Negeri Fasa 2 dan seterusnya

  • Kebenaran rentas daerah.
  • Kebenaran aktiviti dine-in di kedai makan.
  • Kebanaran aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor).
  • Kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan homestay dan hotel.

Garis Panduan Permohonan Kelonggaran SOP

Bagi individu yang ingin memohon kelonggaran SOP tersebut, anda boleh membuat permohonan kepada pihak berkuasa seperti berikut:

i) Pengembara yang baru pulang/tiba ke Malaysia.

  1. Membuat ujian RT PCR 3 hari sebelum berlepas dan menunjukkan bukti ujian setelah tiba di Malaysia.
  2. Tiada gejala semasa saringan kesihatan dilakukan di pintu masuk antarabangsa negara.
  3. Mempunyai sijil vaksinasi lengkap yang sah.
  4. Mempunyai tempat kuarantin yang sesuai.
  5. Tempoh kuarantin akan mengikut nasihat KKM.

ii) Perjalanan Bagi Suami Isteri Jarak Jauh.

  1. Membuat permohonan kepada pihak polis dengan menyertakan dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan suami dan isteri
    – Salinan sijil/kad pernikahan
    – Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
    – Salinan dokumen bukti tempat tinggal
  2. Di Sekatan Jalan Raya (SJR), tunjukkan surat kebenaran yang diluluskan oleh pihak polis.

iii) Perjalanan Ibu Bapa yang tinggal berjauhan dengan anak bawah 18 tahun

  1. Membuat permohonan kepada pihak polis dengan menyertakan dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan ibu, bapa, dan sijil/dokumen kelahiran anak.
    – Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ibu, bapa/penjaga.
    – Maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)
  2. Di SJR, sila tunjukkan surat kebenaran yang diluluskan oleh pihak polis.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kelonggaran SOP bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, sila layari laman web Majlis Keselamatan Negara iaitu https://www.mkn.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.