Advertisements

Kemas Kini MySejahtera 2.0: 2 Ciri Terbaharu Diperkenalkan

Advertisements

Orang ramai adalah disarankan untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera 2.0 agar dapat menggunakan ciri baharu yang telah diperkenalkan.

Ini adalah sebahagian daripada langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memaparkan rekod kesihatan dan imunisasi di MySejahtera untuk memudahkan orang ramal menyimpan rekod kesihatan mereka secara digital.

Menerusi ciri terbaharu ini, orang ramai dapat mengakses rekod yang lebih mudah dan masalah seperti kehilangan buku imunisasi atau tiada simpanan rekod sarlngan akan dapat diatasi.

Pengemaskinian aplikasi MySejahtera diharap akan memainkan peranan sebagai satu alat untuk orang ramai menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat apabila mereka dapat memantau sendiri tren kesihatan dengan lebih mudah.

Ciri Baharu

Terdapat 2 ciri baharu yang diperkenalkan iaitu:

  • Paparan rekod saringan kesihatan
  • Ciri untuk paparan rekod imunisasi bermula dengan bayi yang dilahirkan selepas 1 Julai 2022.

Rekod Imunisasi

Fungsi ini dapat dilihat di MySejahtera setelah bayi yang baru dilahirkan diberikan suntikan imunisasi Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat di dalam Program lmunisasi Kebangsaan.

Buat masa ini, hanya rekod imunisasi bagi bayi yang dilahirkan selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di MySejahtera.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Suntikan imunisasi yang akan terpapar di MySejahtera adalah seperti:

  • Tetanus
  • Hepatitis B
  • Haemophilis Influenza,
  • Diphteria (D), Tetanus (T) dan Acelullar Pertussia (AP) (DTAP),
  • Measles, Mumps dan Rubella (MMR)
  • Japanese Encephalitis (JE)
  • COVID-19

Rekod Saringan Kesihatan

Untuk rekod saringan kesihatan, ciri yang disediakan adalah seperti:

  • Maklumat kesihatan pengguna MySejahtera yang menjalankan saringan di bawah lnisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Klinik Kesihatan Kerajaan seperti berat badan, lndeks Jisim Tubuh (BMI), kumpulan darah, kolesterol dalam darah, gula dalam darah tekanan darah, dan ringkasan dari hasil pemeriksaan bersama doktor termasuk keputusan ujian makmal.
  • Laporan Kesihatan-iaitu keputusan saringan kesihatan yang dibuat di fasiliti kesihatan.
  • Laporan Keputusan Ujian Makmal-iaitu keputusan yang dikeluarkan oleh makmal hasll daripada ujian tertentu seperti ujian darah.
  • Vaksinasi-iaitu rekod vaksinasi yang telah dlambil yang bukan sebahagian daripada saringan kesihatan.

Bagi mereka yang menjalankan saringan kesihatan sendiri dan bukan di bawah lnisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau pun yang telah mendapatkan suntikan imunisasi di fasiliti kesihatan swasta, rekod saringan kesihatan atau imunisasi orang ramai boleh di muat naik di MySejahtera sekiranya fasiliti kesihatan yang dikunjungi menggunakan sistem MyVAS.

Untuk makluman, MyVAS adalah satu sistem yang digunakan oleh lebih daripada 4,000 faslliti kesihatan yang sebelum ini turut terlibat dalam Program lmunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini diguna pakai untuk lnisiatif Sarlngan Kesihatan Kebangsaan dan Program lmunisasi Kebangsaan.

Namun begitu, terpulang kepada fasillti kesihatan swasta sama ada mereka ingin memuat naik maklumat anda ke dalam MySejahtera.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MySejahtera 2.0 ini, sila layari laman web https://www.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements