Advertisements

Permohonan Khas Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Politeknik 2022/2023

Advertisements

PERMOHONAN KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM PERINGKAT SARJANA MUDA POLITEKNIK BAGI AMBILAN SESI 2022/2023 KINI DIBUKA

Calon-calon dari lepasan Diploma Politeknik adalah dipelawa untuk memohon ke Program Sarjana Muda Politeknik untuk kemasukan Sesi Akademik I 2022 2023.

Permohonan boleh dibuat mulai 4 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022. Cepat! Jangan lepaskan peluang ini.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohona kemasaukan ke Program Sarjana Muda Politeknik.

Baca juga : Tawaran Peluang Kerjaya Graduan OKU – Peneraju Juang Skil Kerjaya

Tawaran Program Pengajian

Antara program pengajian yang ditawarkan di politeknik bagi Program Sarjana Muda adalah seperti berikut:

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian..
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian.

Syarat Kemasukan

Terbuka kepada pelajar Diploma yang telah tamat Latihan Industri Sesi 2 2021/2022 yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

SYARAT AM

Syarat am yang dikenakan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan kemasukan ke politeknik adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf.

SYARAT KHUSUS

Pemohon juga harus memenuhi syarat khusus yang ditetapkan seperti:

  1. Lulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00.
  2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  3. Tidak buta warna (untuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian/Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian/Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian).
  4. Lulus ujian lukisan dan temuduga (untuk Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian).

Cara Memohon

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan kemasukan seperti:

  1. Layari laman sesawang politeknik di pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp.
  2. Di bahagian “Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik”
  3. Tekan butang “Klik di Sini Untuk Permohonan”
  4. Masukkan no. Kad Pengenalan dan tekan butang “Masuk”
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Tekan butang “Hantar Maklumat Permohonan” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi nombor di talian 03-8888 3837 atau emel ke [email protected]

Baca juga : Permohonan Bantuan Didik ANIS Fasa 2 Negeri Selangor Telah Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements