Advertisements

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Tahfiz SM IMTIAZ Kemaman

Advertisements

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 TAHFIZ SM IMTIAZ YT KEMAMAN PENGAMBILAN KEDUA SESI 2022

Peluang terbaik dan terbuka bagi semua calon SPM 2021 warga Terengganu dan luar Terengganu yang berkelayakan.

Anda dipelawa untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz SM Imtiaz YT Kemaman bagi Pengambilan Kedua Sesi 2022.

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Tahfiz SM Imtiyaz Yt Kemaman.

Baca juga : Cara Daftar STPM Bagi Pelajar Tingkatan 6/2023 Secara Online

Tarikh Permohonan

Calon boleh membuat permohonan pada tarikh yang ditetapkan mulai 27 Julai 2022 sehingga 1 Ogos 2022.

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Terbuka kepada rakyat Terengganu
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah anak kelahiran Terengganu dan, Ibu atau bapa yang lahir di negeri Terengganu
  • Ibu atau bapa yang telah bermastautim di Terengganu selama tidak kurang 10 tahun dan mempunyai bukti yang menunjukkan tinggal tetap di Terengganu

SYARAT KHUSUS

  • Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Hifz al-Quran / Maharat Al-Quran dan telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran
  • Perolehi kepujian tinggi atau sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah serta telah menghafaz 7 juzuk Al-Quran.
  • Perolehi kepujian tinggi atau sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman sesawang YTklik.

Sila layari laman sesawang di pautan https://ytklik.terengganu.gov.my/application/11/online

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

  • PENGARAH
    YAYASAN TERENGGANU
    Bangunan Yayasan
    Jalan Sultan Ismail
    20200 Kuala Terengganu
    (u.p.: Bahagian Pengurusan Imtiaz)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements