Advertisements

Kempen Jom Raya, Jom Simpan SSPN 2022 Tawar Hadiah Menarik

Advertisements

Sudah menjadi satu budaya mengumpul duit raya setiap kali musim perayaan. Pasti menjadi detik terindah yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak setiap kali tiba hari raya. 

Hasil kutipan duit raya yang terkumpul kadang kala mampu mencecah ratusan malah ribuan ringgit sedikit sebanyak mengukir senyuman di wajah anak-anak. 

Sempena kehadiran Syawal, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan lagi Kempen ‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’ untuk tahun 2022 bagi meraikan kemeriahan dan keseronokan berhari raya yang akan disambut tidak lama lagi.

Kempen ini merupakan tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk simpanan di musim perayaan.

Kempen ‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’ dianjurkan di Peringkat Negeri (PPN) dan menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM160,000.00 untuk dimenangi.

Berikut dikongsikan info-info mengenai kempen ini.

Baca juga :Johor Umum Cuti Khas Pada Isnin, 2 Mei 2022 – MB Johor

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tawaran Hadiah Kempen

Setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada pemenang kempen iaitu:

This image has an empty alt attribute; its file name is image-127.png

Tempoh Promosi Kempen

Tempoh kempen bermula mulai :

  • 15 April 2022 sehingga 31 Mei 2022

Nota: PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu dengan memberi notis awal sekurangkurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan pendeposit :

  1. Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN;
  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  3. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
  4. Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit;
  5. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
  6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup);
  7. Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen.

Manfaat & Keistimewaan Simpan SSPN

  1. Berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik.
  2. Dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun.
  3. Dapat perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah.

Lebih menarik lagi bagi pendeposit yang Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime turut juga mendapat manfaat tambahan seperti :

Simpan SSPN Plus

  • Perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1.2 juta.
  • Khairat kematian bagi pendeposit, pasangan dan lima (5) orang anak.

Simpan SSPN Prime

  • Menawarkan Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  • Anak diterima dan mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’, sila ke pautan www.lovesspn.com

Pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian melalui  atau melalui aplikasi mudah alih myPTPTN.

Muat turun aplikasi mudah alih myPTPTN :

Baca juga : Anakku Sejahtera: Insentif Kelahiran Simpanan RM100 SSPN Kedah

This image has an empty alt attribute; its file name is image-126-1024x1024.png

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.