Advertisements

Keputusan SPM 2021: Tarikh Dan Cara Semak Keputusan

Advertisements

Keputusan SPM 2021 sangat dinanti-nanti oleh pelajar kerana keputusan SPM tersebut akan digunakan untuk permohonan biasiswa, kemasukan UPU dan lain-lain urusan.

Hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh rasmi keputusan SPM akan dikeluarkan untuk rujukan pelajar-pelajar SPM 2021 yang terlibat.

Berikut merupakan kenyatan media daripada Kementerian Pendidikan Malaysia:

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).

Cara Semak Keputusan SPM 2021

Berikut merupakan cara semak keputusan SPM 2021:

1 – Secara Hadir Ke Sekolah

Pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Pelajar masih perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

2 – Secara Atas Talian

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai
pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau

Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my

3 – Secara Pesanan Ringkas Atau SMS

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

Baca juga:
1. Tawaran Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022 Kini Dibuka
2. Program Biasiswa SLDN Daikin Bekerja Sambil Belajar Untuk Pelajar Lepasan SPM

Semak Semula Keputusan SPM 2021

Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk artikel Panduan Semak Semula Keputusan Peperiksaan.

Kemaskini Permohonan UPU

Untuk info, fasa Kemaskini UPUOnline telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.

Bagi pelajar yang bakal menerima keputusan, diingatkan untuk kemaskini UPUOnline mengikut keputusan SPM terkini sebelum tarikh tutup.

  • Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
  • Lepasan STPM/Setaraf : 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements