Semakan Keputusan STAM Secara Online/SMS Mulai 17 Jun 2021
Calon calon-calon yang telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2020, semakan keputusan STAM 2020 boleh mula dibuat mulai 17 Jun 2021.
Untuk makluman, calon-calon yang mengambil peperiksaan tersebut boleh membuat semakan keputusan melalui online dan juga SMS.
Untuk peperiksaan STAM 2020, seramai 7,277 calon telah mengambil peperiksaan ini melibatkan sebanyak 236 pusat seluruh negara.
Seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tarikh pelaksanaan STAM juga dilewatkan susulan daripada wabak COVID-19 yang telah menjejaskan sektor pendidikan negara.
Mengenai STAM
STAM ialah peperiksaan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah diperkenalkan pada tahun 2000.
Peperiksaan ini diwujudkan hasil termeterainya Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.
Bagi pelajar yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, sijil peperiksaan STAM adalah salah satu sijil dalam melayakkan permohonan untuk memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kurikulum dan buku teks bagi sesi pembelajaran untuk peperiksaan ini pula diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir.
Bahasa penghantar yang digunakan dalam pembelajaran ini adalah Bahasa Arab yang digunakan sama ada dalam PdP dan juga peperiksaan.
Bidang & Subjek STAM
Terdapat 3 bidang utama yang dipelajari oleh pelajar yang mengambil STAM iaitu:
- Bahasa Arab
- Syariah
- Usuluddin
Di dalam 3 bidang tersebut, terdapat 10 subjek yang dipelajari pelajar iaitu:
- Hifz Alquran dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq
- Tafsir dan Ulumuhu
- Hadith dan Mustolah
- Nahu dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab dan Nusus
- ’Arudh dan Qafiyah
- Balaghah
Pangkat Sijil
Terdapat 4 pangkat sijil yang akan diperoleh pelajar dalam keputusan peperiksaan STAM iaitu:
- Mumtaz (cemerlang)
- Jayyid Jiddan (sangat baik)
- Jayyid (baik)
- Maqbul (lulus)
Tarikh Semakan
Tarikh keputusan peperiksaan STAM 2020 boleh dibuat mulai 17 Jun 2021, hari khamis pada jam 10 pagi.
Cara Memohon
Terdapat 2 kaedah semakan keputusan peperiksaan STAM 2020 bolleh dilakukan iaitu:
i) Secara Online
- Klik link https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran.
- Klik butang ‘Semak.’
ii) SMS
- Taip STAM <jarak> no kad pengenalan <jarak> angka giliran
- Hantar ke 68886.
Masalah Capaian Internet
Untuk sekolah yang mempunyai capaian internet, KPM memaklumkan pihak sekolah akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut.
Bagi calon persendirian pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tersebut.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang masalah mengenai keputusan STAM 2020 ini boleh dirujuk melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787.