Advertisements

Kerajaan Akan Bekukan Akaun Bekas Suami Jika Tidak Bayar Nafkah

Advertisements

Kerajaan akan bekukan akaun bekas suami jika tidak bayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah.

Perkara tersebut diucapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Apabila kes mahkamah dimenangi oleh wanita dalam tuntutan nafkah, sukar untuk mendapatkan (bekas) suami membayar. Mereka ingkar perintah mahkamah.

Perkara itu antara yang diputuskan kerajaan sebagai menghargai dan menjaga kepentingan wanita, khususnya yang diceraikan suami.

Disamping itu, bagi mana-mana bekas suami yang ingkar dan dibekukan akaun mereka, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank bekas suami melalui potongan bank.

Tindakan itu dibuat kerajaan bagi menjaga kepentingan wanita dan anak-anak dalam isu tuntutan nafkah.

Baca juga: Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Tiada Sebab Keperluan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.

Kerajaan juga memberi sebanyak 30 peratus kuota wanita dalam Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Perkara tersebut adalah antara enam inisiatif diumumkan sempena sambutan Hari Wanita 2022 bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.