Advertisements

Kerajaan Luluskan Tempoh Cuti Bersalin Sehingga 98 Hari, Paterniti 7 Hari

Advertisements

Berita baik buat ibu-ibu hamil yang bakal melahirkan anak diluar sana!

Kerajaan telah meluluskan tempoh lanjutan cuti bersalin berbayar yang asalnya hanyalah 90 hari kepada 98 hari.

Bukan itu sahaja, cuti paterniti lelaki juga turut dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari bukan sahaja untuk pekerja sektor awam malah pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama.

Perkara ini diumumkan selepas Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat setelah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Baca juga: Permohonan Cuti Bersalin Swasta 90 Hari (Akta Kerja 1955)

Pindaan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki (suami) yang isterinya bersalin agar dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi disamping menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil.

Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan Cuti Paterniti Lelaki

Antara syarat yang dikenakan untuk seseorang pekerja lelaki mendapatkan cuti paterniti adalah seperti berikut:

  • Sudah berkahwin
  • Tidak terhad untuk satu isteri sahaja.
  • Bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama.
  • Maklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin.

Nota: Cuti ini bermula dari hari isteri bersalin.

Oleh itu, Akta Kerja atau Akta 265 telah digubal bagi memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum, berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pindaan Fasal

Antara fasal yang dipinda dan digubal adalah:

Fasal 12

  • Pemanjangan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari.

Fasal 20 dan Fasal 21

  • Pengurangan waktu kerja dan waktu kerja syif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

Fasal 22

  • Pengasingan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum.

Peruntukan Fasal Baharu

Antara peruntukan fasal baharu adalah:

Fasal 13

  • Larangan pemberhentian wanita hamil

Fasal 23

  • Cuti paterniti lelaki dari 3 hari kepada 7 hari.

Fasal 27

  • Aturan kerja fleksibel

Fasal 36

  • Mewajibkan majikan supaya mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual di tempat kerja.

Baca juga: Permohonan i-Fitri: Bantuan Hari Raya Terengganu RM250 & RM400

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.