Advertisements

Kerajaan Mansuh Cukai Import (AP) Serta Merta

Advertisements

Kerajaan menyedari situasi ketika ini di mana kenaikan kos sara hidup yang dialami agak sukar dielakkan disebabkan krisis dan isu global termasuk inflasi yang melanda dunia ketika ini.

Disamping itu, fenomena global akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine turut memberi kesan kepada ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia.

Justeru, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

Baca juga: 7 ‘Ganjaran’ Keluarga Malaysia Sempena Hari Buruh 2022

Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan bekalan makanan di dalam negara mencukupi dan harga masih terkawal.

Perkara terbabit diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022.

Tambah Perdana Menteri, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan secara terperinci akan datang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.