Advertisements

Kerajaan Mula Beri Dos Penggalak Kedua

Advertisements

Kerajaan mula beri dos penggalak kedua kepada kepada segelintir kelompok individu sebagai kumpulan penerima pertama, berlandaskan syarat tertentu.

Antara kelompok penerima pertama itu merangkumi golongan warga emas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi atau sihat tubuh badan, selain pengembara ke luar negara.

Perkara terbabit diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semasa sidang media.

Keputusan ini dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian santifik serta kohort Malaysia.

Bagaimanapun pengambilannya adalah pilihan individu tanpa arahan pengambilan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dos penggalak kedua boleh diambil secara sukarela oleh individu berumur 60 tahun dan ke atas, dengan komorbiditi berisiko tinggi seperti penyakit paru-paru, jantung, buah pinggang, hati dan diabetis dan individu yang mempunyai sistem pertahanan badan berkadar teruk atau sederhana, berumur 12 tahun dan ke atas.

Selain itu, individu 60 tahun ke atas yang lengkap mengambil dos penggalak dan dijangkiti Covid-19 layak menerima dalam tempoh tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: KKM Lulus Vaksin Convidecia CanSino Sebagai Dos Penggalak

Mereka yang sukarela untuk mengambil dos penggalak kedua akan divaksin sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

Dari segi jenis vaksin yang bakal digunakan pula, KKM menyatakan mereka mempunyai bekalan sedia ada vaksin jenis Pfizer sebanyak 5.7 juta dos, bagi menampung keperluan suntikan dos penggalak.

Menurut Khairy lagi, vaksin Pfizer adalah vaksin yang disyorkan bagi dos penggalak kedua berdasarkan data saintifik yang tersedia.

Sumber: Harian Metro

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.