Advertisements

Kerajaan Perkenal Harga Syiling RM3.50 Bagi Makanan Di Universiti

Advertisements

Kenaikan harga barang mentah memberikan kesan juga kepada kenaikan harga makanan. Rata-raya penjual makanan harian dan restoran terpaksa menaikkan harga ekoran harga bahan mentah yang naik seperti minyak masak dan ayam mentah.

Terlibat dalam menaikkan harga makanan adalah restoran-restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi di insitusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta premis penjualan makanan.

Justeru itu, kerajaan sangat prihatin dan akan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia menerusi Bakul Makanan Siswa Keluarga malaysia untuk membantu pelajar-pelajar di universiti menikmati makanan harian dengan harga yang sangat berpatutan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, inisiatif terbabit diperkenalkan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat, terutamanya pelajar.

Kerajaan bakal menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling iaitu RM 3.50 untuk satu hidangan menerusi program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia.

Memperkenalkan Moratorium

Inisiatif ini digerakkan di restoran-restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi di insitusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta premis penjualan makanan.

Antara perlaksanaan yang akan dibuat adalah dengan menawarkan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan dalam kampus IPT agar matlamat program Menu Keluarga Malaysia dalam menurunkan harga makanan dapat dicapai.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menurut laporan dari Utusan, Menu Keluarga Malaysia juga difahamkan bakal merangkumi hidangan pagi, tengah hari dan malam.

Baca juga: Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor Sesi 2 2022

Kerjasama dengan ANGKASA

“Pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga,” kata Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasminya.

74 koperasi di seluruh negara turut menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan hidangan dengan harga rendah menerusi Menu Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, difahamkan bahawa harga hidangan menu yang ditawarkan adalah 10 hingga 15 peratus lebih murah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements