Advertisements

Kerajaan Umum Bantuan Tambahan Untuk Peniaga Terjejas Banjir

Advertisements

Bantuan tambahan untuk peniaga terjejas banjir adalah satu lagi bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan selain daripada bantuan RM1000 yang diberi kepada setiap ketua isi rumah seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bantuan tambahan ini dimuktamadkan melalui Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri.

Bantuan Tambahan Untuk Peniaga

Menerusi mesyuarat terbabit, di bawah merupakan antara bantuan tambahan yang dimuktamadkan:

  1. Bantuan meliputi pembiayaan kewangan tanpa faedah atau keuntungan, hingga RM5,000 menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Peruntukan RM30 juta bagi Pinjaman Pemulihan Banjir menerusi TEKUN Nasional
  3. Koperasi yang terjejas pula dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia hingga RM30,000.
  4. Dua bulan pengecualian sewa kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat mangsa banjir

Syarikat Yang Terlibat Yang Menyumbang Kepada Misi Bantuan Banjir

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bersetuju menyumbangkan RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan pemulihan pascabanjir.

Antara syarikat yang menyumbang adalah:

  • Petronas
  • Yayasan Petronas
  • Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah
  • Yayasan Sime Darby
  • CIMB
  • Celcom
  • Telekom Malaysia
  • Yayasan UEM
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Sumber: Berita Harian

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.