Advertisements

BKM – Kerajaan Umum Tambahan RM100, RM50 Bagi Golongan B40

Advertisements

Susulan penarikan semula subsidi terhadap harga syiling ayam, telur, minyak masak dan kenaikan harga barang makanan yang lain, kerajaan telah memutuskan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas berkaitan isu pemansuhan subsidi terhadapat minyak masak dan harga ayam yang berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

Perdana Menteri juga turut berkata, bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Turut dijelaskan bahawa bantuan tunai tambahan itu akan dimasukkan bersama bayaran BKM Fasa 2, sekali gus menjadikannya RM500.

Di samping itu, ianya turut bakal memberikan memanfaatkan kepada hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Dengan pembayaran bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Oleh itu, setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion. 

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Rujuk infografik pembayaran dibawah ini:

Baca juga : BKM 2022 : Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.