Bagi anda yang sedang mencari kerja sambilan, berikut iklan pengambilan kerja sambilan harian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kadar upah sebanyak RM54 sehari. Tempoh maksimum selama 6 bulan.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian seperti berikut:
- Pembantu Tadbir Gred N19 di Bahagian Pendidikan Guru
- Pembantu Tadbir Gred N19 di Bahagian Pendidikan Islam
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
- Hanya calon yang mempunyai kelayakan minimum di peringkat SIJIL DALAM BIDANG PENGURUSAN,PERAKAUNAN,GRAFIK DAN MULTIMEDIA di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan diberi pertimbangan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon diwajibkan membawa Sijil SPM dan transkrip keputusan Ijazah / Diploma bagi semester akhir semasa menghadiri temuduga;
- Permohonan terbuka kepada semua calon yang layak; dan
- Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini
Cara Memohon Kerja Sambilan 2018
Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut:
- RESUME;
- SALINAN DIPLOMA YANG TELAH DISAHKAN;
- SALINAN TRANSKRIPT YANG TELAH DISAHKAN; DAN
- SALINAN SIJIL SPM YANG TELAH DISAHKAN.
Semua dokumen hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini seperti alamat di bawah sebelum atau pada 12 JANUARI 2018 (JUMAAT ) sebelum jam 12 tengah hari.
Pembantu Tadbir BPI
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH DAN ARAS 2
NO. 2251 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR.
Pembantu Tadbir BPG
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 BLOK E13 KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIR KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Hanya calon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk hadir temuduga pada masa yang akan ditetapkan oleh Bahagian ini.
Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my
Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda
Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online
Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.
Ops! Sila masukkan semula emel anda...