Kita seringkali dimomokkan jika ingin kekal sihat dan ingin memiliki kulit yang cantik, kita perlu minum air kosong dengan banyak.
Fakta ini tidak ada salahnya. Namun tahukah anda jika kita minum air kosong secara berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan?
Mengikut saranan doktor yag sebenarnya, setiap individu perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter sehari.
Jika minum air kurang daripada 8 gelas sehari apa pula kesannya?
Boleh sahaja namun ada kesannya bila anda minum kurang atau terlebih air. Nak tahu apakah kesannya jom baca perkongsian di bawah;
Kenapa Tak Boleh Minum Air Kosong Berlebihan?
Untuk pengetahuan anda, minum air berlebihan boleh mengakibatkan badan kita mengalami keracunan air, mabuk air dan gangguan fungsi otak.
Malah bila minum air berlebihan, paras garam dalam darah akan menjadi lebih rendah dan situasi ini dipanggil sebagai Hypervolemic Hyponatremia. Situasi ini boleh menyebabkan buah pinggang tidak mampu untuk menampung dan membuang air dari badan.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Pada masa yang sama, seseorang individu boleh mempunyai keinginan untuk minum air berlebihan disebabkan oleh;
- Bersenam atau bersukan
- Diabetes yang tidak terkawal
- Ubat-ubatan
- Primary Polydipsia atau Psychogenic Polydipsia
Kesan Minum Air Terlampau Banyak

Bila terlampau banyak minum air, badan boleh mengalami cerebral edema iaitu bengkak pada otak. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun, sawan dan koma.
Selain itu, kandungan air terlalu banyak dalam badan boleh mengakibatkan garam dalam darah dicairkan dengan cepat dan menjadi diluted hyponatremia.
Malah bila minum air berlebihan, paras garam dalam darah akan menjadi lebih rendah dan situasi ini dipanggil sebagai Hypervolemic Hyponatremia. Situasi ini boleh menyebabkan buah pinggang tidak mampu untuk menampung dan membuang air dari badan.
Pada masa yang sama, seseorang individu boleh mempunyai keinginan untuk minum air berlebihan disebabkan oleh;
- Bersenam atau bersukan
- Diabetes yang tidak terkawal
- Ubat-ubatan
- Primary Polydipsia atau Psychogenic Polydipsia

Diluted hyponatremia:
Kepekatan osmolarity luar sel (extracellular) lebih rendah berbanding dalam sel (intracellular). Jadi air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmosis. Kesannya pembengkakan otak berlaku dan menyebabkan individu tersebut menjadi sawan dan koma.
Tanda-Tanda Badan Kelebihan Air
Untuk kamu yang nak tahu sama ada badan terlebih kandungan air, perhatikan beberapa tanda berikut;
#1 Warna Air Kencing

Berdasarkan warna air kencing anda boleh tentukan sama ada badan terlebih air atau tidak. Untuk situasi normal, warna air kencing akan menjadi kuning pucat atau kuning seperti air teh.
Jika air kencing berwarna jelas, maknanya anda sudah minum air terlalu banyak dalam jangka masa yang pendek.
#2 Kerap Ulang Alik Ke Tandas
Bila terlampau banyak kali ulang alik ke tandas daripada kebiasaannya, jaga-jaga badan anda mungkin sudah terlebih air. Secara purata, seseorang individu akan buang air kecil sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
#3 Minum Air Walaupun Tidak Dahaga
Tak berhenti minum air kosong pun boleh jadi penanda bahawa badan terlebih air. Nak elakkannya, anda perlu cuba tahan daripada minum air untuk satu jangka masa.
Badan kita sebenarnya boleh lawan dehidrasi dan ia akan beritahu bila waktu yang sesuai untuk minum air. Jadi minum bila badan betul perlukan okay?