Advertisements

Ketahui Tanda-Tanda Dan Gejala HFMD

Advertisements

HFMD atau lebih dikenalik sebagai Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus.  Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

HFMD biasanya bermula dengan demam yang ringan, rasa tidak sihat (letih dan lesu) disusuli dengan kurang selera makan atau sakit tekak.

Selepas demam selama 2-3 hari, luka (ulser) yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi.

Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari serta punggung yang berkemungkinan menjadi lepuhan tetapi tidak gatal.

Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.

Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut.

Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.

Golongan Berisiko Dijangkiti HFMD

Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah sepuluh (10) ke bawah mudah mendapat jangkitan. 

90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.


Adakah HFMD berjangkit?

HFMD boleh merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui:

  • Batuk atau bersin;
  • Hubungan rapat contohnya bermain;
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.

Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Rawatan HFMD

Tiada rawatan yang khusus bagi penyakit HFMD namun rawatan bagi penyakit ini adalah simptomatik atau berdasarkan tanda dan gejala yang berlaku.

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Jangkitan penyakit ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya sembuh dengan sendiri dalam tempoh 7-10 hari apabila ketahanan atau imuniti tubuh terbentuk.

Langkah Pencegahan HFMD

Orang awam perlu mengambil langkah-langkah pencegahan HFMD seperti berikut:

  • Mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Sumber: Portal myHealth, Portal Ketua Pengarah Kesihatan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.